Pernah tak u olls jumpa orang yang ada urat belakang kaki atau u olls sendiri mengalaminya?
Orang yang sedang hamil biasanya pasti akan lalui keadaan ini. Kalau u olls menghadapi masalah ini, jagan risau, jangan serabut sebab setiap penyakit ada ubatnya.
Sebenarnya urat di belakang paha ini adalah disebabkan Urat Simpul atau bahasa saintifiknya Varicose Vein (berbelit lidah nak sebut). VENA adalah salur darah yang membawa balik darah yang kurang beroksigen dari bahagian badan lain ke jantung dan paru2. Ia mempunyai injap yang menghalang darah yang sedang menuju ke jantung daripada mengalir secara terbalik. URAT SIMPUL berlaku apabila injap ini tidak berfungsi dengan betul dan dinding salur darah menjadi lemah. Darah terkumpul di tempat yang lemah ini menyebabkan vena meregang dan kendur.
Ada beberapa tips, u olls boleh pilih mana yang memudahkan u olls membuatnya.
Pilihan 1:
Belah beberapa ulas bawang putih dan tenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Pilihan 2:
Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air, hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.
Pilihan 3:
Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
Pilihan 4:
Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki, 10 minit sebelum tidur.
U olls boleh juga follow langkah pencegahan daripada berlakunya masalah seperti ini:
1. Baring atau tidur mengiring ke kiri untuk mengurangkan tekanan ke atas vena kava inferior. Letakkan bantal di bawah kaki dan belakang.
2. Elakkan duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama. setiap setengah jam gerakkan kaki semasa duduk atau berjalan sekejap untuk melancarkan peredaran darah.
3. Jika pekerjaan anda memerlukan anda duduk sepanjang hari, elakkan menyilang kaki. tinggikan kaki, guna bangku atau kotak.
4. Pertambahan berat yang terlalu cepat dan banyak boleh membuatkan anda mudah mengalami urat simpul. Cuba amalkan diet yang sihat dan seimbang.
Tag kawan2 u olss jika bermanfaat.
#tipscantikCikRemm
#CikRemmserbaBoleh
#jangancopy
0 on: "BAWANG PUTIH HILANGKAN URAT SIMPUL DI KAKI"