Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nor & Mal Beauty Malaysia. Theme images by Storman. Powered by Blogger.

NOTICE BOARD

SELAMAT DATANG KE BLOG PEMBORONG PRODUK KECANTIKAN.

ADA PELBAGAI JENIS PRODUK KECANTIKAN KAMI TAWARKAN UNTUK PARA PENGUNJUNG

NAK TENGOK PRODUK READY STOCK KLIK DI " READY STOCK"

JIKA BERMINAT BOLEH KLIK DI "HOW TO ORDER"


Pages

FAQ's

Technology

Social

Business

Gadgets

Like on Facebook

Advertise Here

Nature

Like Us

Legal Stuff

CARIAN UNTUK ANDA

POS POPULAR

AFIAT SET BERSALIN

 


Ubat Bersalin Afiat dilengkapi dengan:-
Bedak Hangat, Pil Jamu, Makjun Bawang Putih, Minyak Afiat, Akar Kayu Periuk, Barut, Tali Pembentan, Pati Afiat Balm, Feminine Care dan Gel Mandian Serai Wangi yang berupaya mengembalikan tenaga setelah bersalin di samping membantu memelihara kesihatan dalaman ibu dalam pantang.

KHASIAT UBAT BERSALIN AFIAT

  • Membantu melancarkan proses bersalin
  • Membantu memulihkan tenaga setelah bersalin
  • Membantu memulihkan luka bersalin
  • Membantu menguat dan mengecutkan rahim
  • Membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin
  • Membuang angin dan toksin dari dalam badan
  • Mengetat dan merapatkan otot-otot sekitar faraj yang kembang selepas bersalin
  • Mengembalikan seri wajah
  • Membantu meredakan tekanan dan kemurungan
  • Membentuk tubuh badan yang ramping

KANDUNGAN UBAT BERSALIN AFIAT

Bedak Hangat Afiat
  • Daun Nilam: Daun nilam bersifat antiseptik serta berupaya meredakan tekanan dan kemurungan di samping membantu memelihara sistem saraf, mengatasi masalah kulit dan bau badan yang kurang menyenangkan, meningkatkan daya ketahanan tubuh serta menyerlahkan seri kulit.
  • Bunga Ros: Bunga mawar sememangnya berkesan untuk menyegarkan tubuh badan di samping menyerlahkan seri kulit dimana ia membantu mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit yang berminyak. Di samping itu, bunga mawar turut berperanan mengatasi kerosakan dan mengekalkan kesihatan rambut di samping meredakan tekanan.
  • Kunyit: Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga berupaya meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.
  • Cekur: Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diambil ibu dalam pantang.
  • Jerangau: Herba ini sering digunakan dalam aromaterapi bagi meredakan tekanan, memelihara sistem saraf, meredakan sakit kepala, membuang angin dalam badan di samping membantu memulihkan tenaga.
  • Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping membuang bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan darah haid. Selain itu, halia turut berupaya menyahtoksin, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
Pil Jamu Afiat
  • Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping membuang bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan darah haid. Selain itu, halia turut berupaya menyahtoksin, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
Makjun Bawang Putih
  • Bawang Putih: Bawang Putih mempunyai kegunaan dalam bidang perubatan tradisional serta kaya dengan karbohidrat, magnesium, kalium dan protein yang mampu menghapuskan parasit, membantu melancarkan sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
Minyak Afiat
  • Kapur Barus: Kapur barus yang mempunyai aroma khas ini telah digunakan berabad lamanya untuk tujuan masakan, perubatan tradisional serta mandian jenazah. Ia dihasilkan daripada pokok tropika iaitu Camphor Laurel (Cinnamomum Camphora) dan juga boleh dihasilkan secara sintetik. Ia mampu menenangkan bahagian luaran tubuh.
  • Minyak Serai Wangi: Minyak serai wangi sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh, membuang angin dan toksin dari tubuh, sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan.
  • Minyak Kayu Putih: Sering dipanggil minyak cajeput di Indonesia, minyak kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan. Ia juga membantu menghilangkan keletihan, sakit-sakit badan dan otot, selain meningkatkan peredaran darah dan aktiviti jantung.
  • Minyak Kelapa: Minyak kelapa berupaya melembutkan kulit yang kasar dan kering serta mampu menanggalkan kesan mekap dengan berkesan. Ia juga berperanan untuk melembap dan menyerikan lagi kulit wajah. Selain itu, masalah yang berkaitan dengan kulit seperti kulit sensitif, jerawat mahupun luka dan calar pada kulit juga dapat diatasi dengan menggunakan minyak kelapa.
Akar Kayu Periuk Afiat
  • Halia Bara: Herba ini sering digunakan dalam perubatan tradisional terutamanya untuk merawat wanita selepas bersalin. Halia bara membantu mengurangkan sengal-sengal badan, melancarkan sistem penghadaman, membuang angin dalam badan serta membantu menurunkan berat badan selepas bersalin.
  • Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya bagi kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen berupaya memelihara sistem kardiovaskular di samping membantu menguatkan bahagian rahim serta memulihkan tenaga selepas bersalin.
  • Daun Senduduk: Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat luka luaran mahupun dalaman. Selain itu juga, senduduk berkesan untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim bagi wanita selepas bersalin. Ia juga bertindak merawat keputihan dan buasir di samping membuang angin dalam badan.
Pati Afiat Balm
  • Petroleum: Petroleum berupaya melembap dan menghaluskan kulit yang kasar dan kering, di samping mengurangkan kesan garis-garis halus dan kedutan.
  • Beeswax: Beeswax merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah daripada kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Menthol Crystal: Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang penting untuk tubuh badan manusia. Selain membantu mengatasi masalah nafas berbau, ia turut meredakan sakit kepala dan tekanan di samping menyegarkan tubuh badan agar anda kekal aktif dan bertenaga.
Feminine Care
  • Tea Tree: Ekstrak dari pokok tea tree atau gelam wangi kaya dengan zat terpenoid serta bersifat antiseptik yang berperanan mengatasi mencegah serangan bakteria dan kuman, membantu memulihkan luka, mengatasi kesan alahan pada kulit di samping berupaya memperbaiki struktur kulit, mengatasi masalah kulit seperti jerawat, eczema, radang dan kegatalan serta menyejukkan dan mendinginkan kulit.
Gel Mandian Serai Wangi
Serai Wangi (Minyak Citronella): Ekstrak serai wangi sering digunakan dalam aromaterapi yang membekalkan manfaat bagi kulit. Ia mampu menyahtoksin dan bersifat antiseptik untuk mencegah jangkitan mikroorganisme sepeti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit selain mengawal minyak pada kulit dan mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.

CARA PENGGUNAAN UBAT BERSALIN AFIAT

Minyak Afiat
  1. Urut pada bahagian yang dikehendaki
  2. Gunakan 2 kali sehari untuk hasil yang optima
  3. Untuk kegunaan luaran sahaja
Gel Mandian Serai Wangi
  1. Sapu dan ratakan Gel Mandian Serai Wangi pada seluruh tubuh
  2. Bilas sehingga bersih
  3. Gunakan setiap kali waktu mandi
Feminine Care (Pencuci Wanita)
  1. Basahkan bahagian intim
  2. Titiskan kandungan Feminin Care pada tapak tangan yang basah
  3. Usap dan gosok perlahan-lahan pada bahagian intim
  4. Bilas sehingga bersih
Bedak Hangat Afiat
  1. Gunakan selepas mandi pada waktu pagi dan petang
  2. Bancuh sedikit kandungan Bedak Hangat bersama air dan kacau hingga larut
  3. Sapukan pada seluruh tubuh
Pil Jamu Afiat
  1. Untuk kegunaan setelah bersalin
  2. Ambil 12 biji sehari (4 biji pada waktu pagi, petang dan malam)
Akar Kayu Periuk Afiat
  1. Rebus Akar Kayu Periuk bersama 200 ml air
  2. Minum segelas air rebusan tersebut
  3. Ambil 2 kali sehari, 20 hari selepas bersalin
Barut Afiat
  1. Sapukan Minyak Afiat pada bahagian perut
  2. Pakai Barut Afiat bermula dari bawah pusat
  3. Pakai bengkung bagi hasil yang optima
  4. Amalkan setiap hari sepanjang berpantang
Pati Afiat Balm
  1. Sapukan pada pusat bayi bagi mengeringkan tali pusat
  2. Boleh disapu pada bahagian tubuh yang lain bagi mengekalkan kehalusan kulit
Makjun Bawang Putih
  1. Ambil selepas temph berpantang
  2. Ambil 2 biji setiap pagi dan malam
Tali Pembentan Afiat
  1. Pakai Tali Pembentan Afiat di pergelangan tangan kanan ibu

0 on: "AFIAT SET BERSALIN"